Suatu hal yang menarik tentang MRSM ialah Homeroom (HR). HR ialah sebuah program yang mana setiap pelajar mempunyai ibu atau ayah kedua yang telah ditetapkan. Ibu atau ayah dilantik dalam kalangan guru. Setiap guru akan menjaga antara 10 hingga 13 orang pelajar. Saya tidak terkecuali diberi amanah untuk menjadi salah seorang guru yang memegang HR. Anak HR saya yang comel.
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap sekolah pasti ada tradisinya. MRSM Bagan Datuk telah menjayakan program Hari Terbuka Asrama kali kedua. Sangat penat untuk menjayakan program tersebut. Walaupun, saya gembira melihat telatah ibu bapa yang bersungguh-sungguh untuk menghias bilik anak-anak mereka. Para pelajar juga tidak ketinggalan.
- Get link
- X
- Other Apps
Debat Bahasa Melayu adalah antara hal yang saya sangat suka. Saya telah dipelawa oleh Ketua Jabatan Bahasa untuk mengiring pelajar bersama dengan beliau ke MRSM Tun Ghaffar Baba, Melaka bagi Pertandingan Debat Inter MRSM Se-Malaysia 2023. Walaupun MRSM Bagan Datuk tidak berjaya melangkah ke pertandingan separuh akhir ketika itu, tetapi saya berpuas hati dengan pencapaian mereka. Tahniah semua <3
- Get link
- X
- Other Apps
Sedang berseronok berpraktikal, saya telah menerima jemputan daripada sekolah lama saya, iaitu SMK Seri Iskandar untuk slot motivasi bersama dengan pelajar. Selaku alumni, saya menerima undangan tersebut dengan tangan terbuka kerana ini pengalaman yang baik buat saya. Terima kasih pengurusan MRSM Bagan Datuk kerana mengizinkan saya menyampaikan slot motivasi di sekolah tersebut. Terima kasih SMK Seri Iskandar atas undangan. Jumpa lagi.