Selesai Kejohanan Olahraga, saya dipanggil oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat untuk menguruskan urusan kepengakapan kerana MRSM Bagan Datuk terlibat dengan Jamboree Pengakap. MRSM Bagan Datuk berjaya mendapat tempat kelima secara keseluruhan.
Debat Bahasa Melayu adalah antara hal yang saya sangat suka. Saya telah dipelawa oleh Ketua Jabatan Bahasa untuk mengiring pelajar bersama dengan beliau ke MRSM Tun Ghaffar Baba, Melaka bagi Pertandingan Debat Inter MRSM Se-Malaysia 2023. Walaupun MRSM Bagan Datuk tidak berjaya melangkah ke pertandingan separuh akhir ketika itu, tetapi saya berpuas hati dengan pencapaian mereka. Tahniah semua <3
Comments
Post a Comment