Saya teruja kerana rupa-rupanya MRSM sangat mementingkan pencapaian akademik. Kelas mereka sangat padat, bermula pukul 7.45 pagi sehingga pukul 4.45 petang. Ini kerana mereka merupakan program Ulul Albab.
Apa yang mengujakan saya ialah dalam kesibukan mereka, mereka mampu mengurus diri dengan hafazan dan akademik sehingga waktu malam.
Selain waktu akademik, mereka juga mempunyai kelas tambahan yang dinamakan sebagai Program Gemilang (PG). PG lebih memfokuskan kepada pelajar Tingkatan 5.
Program Gemilang dijalankan secara santai bersama dengan guru. Hal tersebut serba serbi mengurangkan tekanan belajar yang dialami oleh para pelajar.
Comments
Post a Comment