Saya merupakan orang yang sentiasa teruja menanti keputusan SPM kohort pertama atau dikenali sebagai ANAK SULUNG MRSM Bagan Datuk.
MRSM ini telah dibuka pada tahun 2021.
Seramai 30 orang pelajar yang berjaya mendapat keputusan Semua A dalam keputusan SPM yang diumumkan.
Saya telah diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis ketika itu untuk mengumumkan keputusan SPM.
Suatu hal yang saya tidak boleh lupakan ketika itu apabila, Pengetua mengumumkan keputusan salah seorang pelajar terbaik SPM yang memperolehi 8A1B, iaitu Wafiy Ayob. Satu dewan menangis apabila pelajar tersebut diumumkan keputusannya kerana pelajar tersebut telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan meninggal dunia sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan.
Wajah si tua yang saya tidak boleh lupakan apabila ibu beliau selaku wakil telah naik ke pentas untuk mengambil keputusan tersebut.
Saya antara orang yang tidak terlepas daripada linangan air mata tersebut kerana saya mengenali susuk tubuh arwah.
Al-Fatihah buat Wafiy Ayob.
Comments
Post a Comment